Thursday, August 9, 2012

Ramadhan Kekasihku ♥


Assalamualaikum semua :) Puasa tak puasa tak? Alhamdulillah kalau puasa. Semoga kita diberkati Allah. Sekejap jea rasa kan dah 21 hari kita puasa. Kayy, hari ni hari Jumaat penghulu segala hari. Bila hari Jumaat, mcm biasa ada Zikir Munajat & baca Yassin dkt sekolah. Semalam dpt jadual bertugas, group aku kena jaga pagar depan. Haihh malas sebenarnya. Nak kena dtg sekolah awal-2. Redha kayy redha. Sampai sekolah dlm pukul 7. Terjegat dekat pagar tuu dgn yg lain. Orang lalu pandang. Hahahaha. Dlm pukul 7.25am sir suruh masuk assembly. Nasib baik masuk awal. Selalunya tahun lepas masa aku jaga sana, pukul 7.30am baru boleh lepas. Masuk assembly, pergi tempat banci. Lepastu Ustazah Hasnah suruh pergi dewan. Ada ceramah. Okayy, lepas masuk dewan amek Yassin edar dkt pelajar-2 lain. Kesian Memen kepala sakit. Hahahaha sorry tak sengaja! Malu gua bebb -.- Lepas dah habis Zikir Munajat & baca Yassin, tunggu ustaz ceramah. Ustaz Ramzi kot nama dia? Tak ingat lah. Hahahhaa. Mula-2 aku, Epa, Atie, Wanie & Dayana duduk dkt bawah. Lepastu Sir Zul suruh duduk atas kerusi. Huhhh malas jea rasa. Terpaksa. Amek kerusi sambil buat muka redha pergi dkt belakang. Dlm pukul 8 lebih ceramah start. 



Serious ceramah dia best! Tak mengantuk. Tajuk dia, tajuk dia, tajuk diaaaaa. RAMADHAN KEKASIHKU. Subhanallah :) Semangat jea nak dgr. Nasib bawak beg masuk, ada buku & pen semua. Sempat salin. Semangat jea aku salin apa yg dia ckp. Sebutir sebutir. Hahahahaha. Kayy, aku just nak kongsikan serba sedikit isi masa ceramah tuu. Isi jea yg ada, tulang takde kayy. Hhihihi. Ehh cop! Sebelum ustaz tu start ceramah, dia cakap,

"Telinga ustaz pinjam untuk dengar apa yang ustaz cakap. Mulut ustaz pinjam untuk ustaz kunci."

Suka ayat ni. Suka suka! Hahahaha ahh buat perangai annoying pulak :3 Kayy dah sambung.

KENAPA RAMADHAN JADI KEKASIHKU?
Sebab bulan nie bulan yg mempunyai banyak kelebihan. Seperti :
-Dosa-2 lalu diampunkan. Tp ingat yea, bukan semua. Dosa kita dgn manusia tu tak diampunkan lg. Mintak maaf raya nanti ehh. Hehehe.
-Bulan kerahmatan untuk beribadat.
-Doa-2 kita amatlah mustajab/mudah diterima Allah. Ada tiga golongan yg dimakbulkan doanya :
1) Doa orang yg berpuasa sehingga berbuka.
2) Doa pemimpin yang adil. Ehemmm. Hihihi
3) Doa orang yang dizalimi. Ingat yea, orang yg DIZALIMI. Bukan orang yg MENZALIMI DIRI SENDIRI.
-Tergolong dalam orang-2 yg dilindungi Allah.
-Dapat pahala apabila membuat kebajikan kpd orang lain.




APA YANG KITA BUAT UNTUK KEKASIH?
Hidupkan Ramadhan. Macam mana?
-Dalam hati & jiwa.
-Sentiasa INGAT seperti kekasih.
-Ternanti-nanti kehadirannya.
-Dengan perbuatan & amalan.
-Melakukan puasa yg sebenar.
-Puasa jasmani & rohani. That means, puasa nie bukan menahan lapar & dahaga jea. Nafsu, sikap, semua tu kena jaga, kena puasa jugak.

"Bulan puasa umpama lampu merah". Kenapa? Sebab dlm bulan puasa ni banyak benda yg kita tak boleh nak buat. Sama ada haram ataupun boleh mengurangkan pahala puasa :)

HIDUPKAN SUASANA RAMADHAN.

"Dalam bulan Ramadhan, kita kena hidupkan Ramadhan".

Macam mana nak hidupkan suasana tu?
-Tingkatkan amalan wajib.
-Tambahkan amalan sunat seperti MEMBACA AL-QURAN.
 "Al-Quran boleh dijadikan rakan".
♥ Anggap Al-Quran sebagai rakan kita, sebagai manual kita.
♥ Kita lahir ada panduan. Alquran lah panduan kita.
♥ Al-Quran yg menolong kita nanti. Di dunia & di akhirat :)




-Jadikan Ramadhan titik permulaan untuk mendapatkan kemanisan iman (Halawatul Iman).
"Apabila kita berpuasa, lebih senang kita solat daripada kenyang".


JADIKAN RAMADHAN KEKASIH HATI.
-Kekasih yang rindukan kekasih. K maksudnya, bila kita ada kekasih, mesti kita rindu dia kan. So jadikan Ramadhan ni sebagai kekasih kita. Supaya kita sentiasa rindukan dia :)
-Kekasih yang sayang kekasih. MashaAllah, sayanglah Ramadhan. Bila Ramadhan pergi, rasa sedih jea kan. Sebab apa? Sebab bulan tu kita akan rasa lain drpd bulan-2 yg lain. Tenang sgt. Bulan ni jugaklah peluang kita utk kumpul pahala berganda-ganda.
-Kekasih yang sentiasa mendengar nasihat kekasih.
Acano tuhh? Haa mcm nie, dlm bulan Ramadhan ni banyak benda yg kita kena jaga kan. Maksud mendengar nasihat tu macam bila Allah kata dalam bulan Ramadhan tu tak boleh makan & minum, kita kena ikutlah. Jgnlah nak makan tak tentu pasal pulak kan XD

"Barang siapa yg berbuka sehari sahaja (dgn sengaja), maka tidak sama dgn setahun dia berpuasa".
Maksudnya, kalau kita berbuka saje saje, bila kita ganti tu, takkan pernah sama dgn setahun kita berpuasa. So jgnlah ponteng puasa kayy!

Bulan Ramadhan ni bulan yg dimuliakan oleh Allah. Satunya-2 bulan yg disebut dalam Al-Quran. Bulan yg diturunkan Al-Quran & kitab-kitab lain juga diturunkan dalan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan istimewa.



Kesimpulannya, 
-Ramadhan bukan bulan biasa.
-Ramadhan tahun hadapan belum tentu kita akan bertemu lagi.
So, jangan sia-siakan Ramadhan tahun ni.

Ramadhan tahun ini kita harapkan bukan Ramadhan terakhir bagi kita semua. Wallahualam.

Till then, wassalam :)



No comments:

Post a Comment