Saturday, August 18, 2012

Last Day of Ramadhan :')



Assalamualaikum stalker sekalian. Ihikkihik *Gelak cover ayu XD Hai semua. Saya dekat kampung sekarang ni. Meh sini datang raya mehh. Dah lama niat nak update. Cehhh. Mmg niat pun okayy :P Finally, malam ni dpt jugak update. Sebelum ni bukannya takde peluang, tapi takde chance *Sama jelahh -.- Exam baru je habis hari Rabu hari tu. Habis je exam terus cuti yeahyeahh! Last paper, last paper *Gaya Johan dlm Lawak Ke Der?* paper Addmath. Turun tu nak balik, dpt duit raya. Hoyehh! RM2. Dpt duit boleh main Jutaria ye. Hahahaha. Khamis tu cuti. Rabu petang tu pergi jemput Along dekat Melaka. Jam lah jugak. Perjalanan sepatutnya 2jam jadi 4 jam -.- K cukuplah mukadimah sy panjang tu ye. Hahahaha.



Baiklah, seperti yg kita semua ketahui, hari ni hari last kita berpuasa. Sobs. Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Serious sedih. Siapa tak sedih kan, bulan ni lahh peluang kita utk kumpul pahala berganda. Tp kalau sedih sampai takde semangat nak sambut raya tak boleh jugakk. Orang raya ni nak happy-2, takmo sedih-2. K lupakan masalah semua tolak tepi dulu. Campak jauh2 masalah tu. K dah fresh! Hihi. Petang semalam keluar dgn Along. Pergi beli barang buat kuih. Malam tadi buat kuih raya. Ehemm rajinnya. Pewitt pewitt. Ahahaha :P Dlm pukul 1 lebih mcm tu baru tidur. Penatt haihh. Buat kuih Cornflakes Madu & Chocolate Chip. Nyumnyumm nak? Meh sini dtg raya rumah sy eyy :) 









Hari ni baru balik rumah wan. Muahh pipi kiri wan atok, muahhh pipi kanan wan atok :* Hihi. Pergi rumah wan dalam pukul 10 lebih mcm tu. Tlg wan masak. Aku tlg potong bawang je. Hahaha. Balik2 rumah wan dah siap kemas. So mcm takde apa sgt nak buat. So kita tweet-2 jelah cerita dia kan. Hahaha. Apa punya cucu -.- Lepas habis potong bawang tu, tgk wan, ibu & mokde masak. Edap emm bau rendang. Menusuk kalbu woii. Hihi. Lepastu tgk atok bakar lemang. Serious masa tu rasa mcm haihhh, kenapa bau sedap sgt ni, tergugat iman nyahh. Hahahha! Lepastu pergi ruang tamu. Layan Twitter & main dgn Kimi adik sedara sy yg hyper terlebih. Hahaha. Kerja dia nak pukul orang je. Haihh.













Sambil tweet tuu layan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Huhh sedih sedihh :/ Wan & ibu tgk pun dorang menangis. Kalau dorang pun nangis, inikan pulak aku yg berjiwa lembut ni kan. Hahaha sila muntah sekarang :P Pukul 4 lebih Ude & Mokde balik Keratong rumah mak Mokde. Wuwuu sedihnya tahun ni raya family kitorang je yg balik. Acu & Ude tak balik. Rasa lainlah jugak. Selalunya kalau raya kecoh je rumah ni dgn adik2 sedara yg bising sana bising sini. Gegar rumahh *K tipu je gegar tuu. Tapi takpelah, tak kisahlah mcm mana pun, raya tahun tetap gembira bersama keluarga tercinta. Pewittt. Dlm pukul 7.30, tibalah waktu utk berbuka. Haihh sebak je rasa hari last berbuka harini. Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Rasa mcm sekejap sgt masa berlalu. Tuptupp dah raya. Rasa mcm baru je hari pertama puasa. Kenapa sekejap sangat? -.- 







Lepas berbuka tuu, settle kemas dapur & solat semua, layan Twitter balik. Hahaha. Tgh layan Twitter, TV bukak. Jengjengjengg! Tetiba terdengar atok angkat sy isytihar hari raya. Hahahaha! Yeayy esok raya! Esok raya! *Pusing keliling kampung. Aura raya tuu dah dpt rasa dahh. Ececehh. Bunyi mercun dari tadi sampai sekarang tak stop2. Happy je rasa. Mmg best. Meriah gila dkt sini. Tp kalau kejap lagi time aku nak tidur pun bunyi mercun tu lagi, mmg bukan meriah dah, mmg aku rasa nak keluar, bakar sorang2. Hahaha! Aku nak tidur nanti jgn kacau kayy. Sekarang ni boleh. Bakarlah duit awak2 semua tuu puas2 ye. Miahahahahhaa *Gelakkejam. Lepas dia buat pengumuman raya tuu, bergemalah takbir raya dkt masjid sini. Dlm TV pun ada jugak. Ya Allah, syahdunya rasa bila dgr takbir raya. Sebak sgt :') Dgr sampai habis. Kayy skrg dah habis, baru je masuk bilik. Malam ni plan nak tidur awal. Nak off phone ahh. Hahaha K tipu je. Kredit aku tgh banyak ni, habis semua org aku send msg wish hari raya. Hahaha XD K sekarang tgh melantak nasi impit. Miahahaha! 


Okayy guys, gtg. Penat pulak mata ni haihh. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maaf zahir & batin. Semoga kita semua dirahmati Allah di hari raya ini :)

Till then, wassalam.

Friday, August 10, 2012

EXAMINATION !


Assalamualaikum semua. Saya di sini ingin menyatakan bahawa saya sangat stress sekarang! Hahahha k tipu jea -.- Lawak ke? Lawak ke? Tak pun. Kbye. Hihi annoying betul perangai =='
 



Baiklah, untuk makluman para bloggers tegar sekalian, minggu depan kan kan kan, cuti. Ehh silap silap. Minggu dpn saya exam! Dan saya masih lagi di awang-awangan yea wahai tuan-tuan & puan-puan yg dirahmati Allah sekalian. Hihihi. Aku ni dah kenapa pagi pagi lagi dah tak stabil. Ni penangan tidur 3 jam lah ni. Hahahaha :P Pagi ni saya terlebih masa free hihi sebab saya bangun awal sangat-sangat! Boleh buat record seumur hidup ni. Bhhahahaha! Minggu depan hari Isnin dah start exam dah. Isnin sampai Rabu. Sekejap jea kan? Ofcourse lah dah nama pun bukan full format kan. Japp nak lompat tinggi tinggi sampai cucur atap kejapp. Hahaha. Isnin ni paper BM, BI, SJ & KIMIA.
Mmg aku target takde failed LANGSUNG test kali ni! Jgn jadi mcm P2 sudah lah kan. Hahahah. Lepas raya ni busy dgn Sidang Redaksi Sekolah plk. Haihh mmg kena struggle habis untuk P4 nanti. Saya tegaskan di sini, FORM4 BUKAN TAHUN HONEYMOON OKAYY! Yea sangat sangat betul. Mmg takde masa nak honeymoon. Tapi kenapa aku still lagi tak sedar-sedar? Still lagi main-main dlm kelas. Urghhh! Takkan aku nak bawak perangai ni sampai Form5 nanti plk kan. Aku dah dpt rasa aura tension nak SPM tu mcm mana. Kalau PMR pun dah tension, ini kan SPM. 



Mmg tahun depan aku akan jarang jarang jarang & jarang update blog. Blogwalking apatah lagi kan. Takde dah masa aku nak jadi stalker yg bertamadun nak stalk orang bagai. Mmg tak dapatlah cerita dia kan -.- Alhamdulillah Facebook dah pun deactivated, lama dah pun. Hahaha cehh :P Aku rasa mcm baru jea lepas habis PMR. Sekejap jea masa berlalu kan. Sekejap sangat sangat. Ehh kenapa nak cuakkan diri sendiri cakap pasal SPM pulak ni haihh. K k tutup tutup! Tetttttt. Cikgu cakap Sejarah masuk sampai Bab6. Wuihhh! Wuihhh! Wuihh! Mmg berpusing pusing ahh otak aku XD K k dah cukup, takde feel lahh nak cakap pasal exam semua ni. Tak sabar nak cuti jea sebenarnya. Hahahahhaha! Exam habis hari Rabu, hari Khamis ada sambutan Merdeka. Then hari Jumaat CUTIIIIIII ! hoyehhoyehhh *Menari dangdut* Hari Ahad dah raya kan. Nampak tak sekejap jea masa tu berjalan berlari melompat merangkak? Kan? So, jangan sia-siakan hidup kita kayy. Gtg, nak study pulak ni I kan pelajar cemerlang. Hahahha puihh :P Ehh amin amin XD 


Btw, Goodluck kepada sapesape yg exam mcm sy ni. Pewitttt. All the best!

Till then, wassalam. 

Thursday, August 9, 2012

Ramadhan Kekasihku ♥


Assalamualaikum semua :) Puasa tak puasa tak? Alhamdulillah kalau puasa. Semoga kita diberkati Allah. Sekejap jea rasa kan dah 21 hari kita puasa. Kayy, hari ni hari Jumaat penghulu segala hari. Bila hari Jumaat, mcm biasa ada Zikir Munajat & baca Yassin dkt sekolah. Semalam dpt jadual bertugas, group aku kena jaga pagar depan. Haihh malas sebenarnya. Nak kena dtg sekolah awal-2. Redha kayy redha. Sampai sekolah dlm pukul 7. Terjegat dekat pagar tuu dgn yg lain. Orang lalu pandang. Hahahaha. Dlm pukul 7.25am sir suruh masuk assembly. Nasib baik masuk awal. Selalunya tahun lepas masa aku jaga sana, pukul 7.30am baru boleh lepas. Masuk assembly, pergi tempat banci. Lepastu Ustazah Hasnah suruh pergi dewan. Ada ceramah. Okayy, lepas masuk dewan amek Yassin edar dkt pelajar-2 lain. Kesian Memen kepala sakit. Hahahaha sorry tak sengaja! Malu gua bebb -.- Lepas dah habis Zikir Munajat & baca Yassin, tunggu ustaz ceramah. Ustaz Ramzi kot nama dia? Tak ingat lah. Hahahhaa. Mula-2 aku, Epa, Atie, Wanie & Dayana duduk dkt bawah. Lepastu Sir Zul suruh duduk atas kerusi. Huhhh malas jea rasa. Terpaksa. Amek kerusi sambil buat muka redha pergi dkt belakang. Dlm pukul 8 lebih ceramah start. 



Serious ceramah dia best! Tak mengantuk. Tajuk dia, tajuk dia, tajuk diaaaaa. RAMADHAN KEKASIHKU. Subhanallah :) Semangat jea nak dgr. Nasib bawak beg masuk, ada buku & pen semua. Sempat salin. Semangat jea aku salin apa yg dia ckp. Sebutir sebutir. Hahahahaha. Kayy, aku just nak kongsikan serba sedikit isi masa ceramah tuu. Isi jea yg ada, tulang takde kayy. Hhihihi. Ehh cop! Sebelum ustaz tu start ceramah, dia cakap,

"Telinga ustaz pinjam untuk dengar apa yang ustaz cakap. Mulut ustaz pinjam untuk ustaz kunci."

Suka ayat ni. Suka suka! Hahahaha ahh buat perangai annoying pulak :3 Kayy dah sambung.

KENAPA RAMADHAN JADI KEKASIHKU?
Sebab bulan nie bulan yg mempunyai banyak kelebihan. Seperti :
-Dosa-2 lalu diampunkan. Tp ingat yea, bukan semua. Dosa kita dgn manusia tu tak diampunkan lg. Mintak maaf raya nanti ehh. Hehehe.
-Bulan kerahmatan untuk beribadat.
-Doa-2 kita amatlah mustajab/mudah diterima Allah. Ada tiga golongan yg dimakbulkan doanya :
1) Doa orang yg berpuasa sehingga berbuka.
2) Doa pemimpin yang adil. Ehemmm. Hihihi
3) Doa orang yang dizalimi. Ingat yea, orang yg DIZALIMI. Bukan orang yg MENZALIMI DIRI SENDIRI.
-Tergolong dalam orang-2 yg dilindungi Allah.
-Dapat pahala apabila membuat kebajikan kpd orang lain.




APA YANG KITA BUAT UNTUK KEKASIH?
Hidupkan Ramadhan. Macam mana?
-Dalam hati & jiwa.
-Sentiasa INGAT seperti kekasih.
-Ternanti-nanti kehadirannya.
-Dengan perbuatan & amalan.
-Melakukan puasa yg sebenar.
-Puasa jasmani & rohani. That means, puasa nie bukan menahan lapar & dahaga jea. Nafsu, sikap, semua tu kena jaga, kena puasa jugak.

"Bulan puasa umpama lampu merah". Kenapa? Sebab dlm bulan puasa ni banyak benda yg kita tak boleh nak buat. Sama ada haram ataupun boleh mengurangkan pahala puasa :)

HIDUPKAN SUASANA RAMADHAN.

"Dalam bulan Ramadhan, kita kena hidupkan Ramadhan".

Macam mana nak hidupkan suasana tu?
-Tingkatkan amalan wajib.
-Tambahkan amalan sunat seperti MEMBACA AL-QURAN.
 "Al-Quran boleh dijadikan rakan".
♥ Anggap Al-Quran sebagai rakan kita, sebagai manual kita.
♥ Kita lahir ada panduan. Alquran lah panduan kita.
♥ Al-Quran yg menolong kita nanti. Di dunia & di akhirat :)




-Jadikan Ramadhan titik permulaan untuk mendapatkan kemanisan iman (Halawatul Iman).
"Apabila kita berpuasa, lebih senang kita solat daripada kenyang".


JADIKAN RAMADHAN KEKASIH HATI.
-Kekasih yang rindukan kekasih. K maksudnya, bila kita ada kekasih, mesti kita rindu dia kan. So jadikan Ramadhan ni sebagai kekasih kita. Supaya kita sentiasa rindukan dia :)
-Kekasih yang sayang kekasih. MashaAllah, sayanglah Ramadhan. Bila Ramadhan pergi, rasa sedih jea kan. Sebab apa? Sebab bulan tu kita akan rasa lain drpd bulan-2 yg lain. Tenang sgt. Bulan ni jugaklah peluang kita utk kumpul pahala berganda-ganda.
-Kekasih yang sentiasa mendengar nasihat kekasih.
Acano tuhh? Haa mcm nie, dlm bulan Ramadhan ni banyak benda yg kita kena jaga kan. Maksud mendengar nasihat tu macam bila Allah kata dalam bulan Ramadhan tu tak boleh makan & minum, kita kena ikutlah. Jgnlah nak makan tak tentu pasal pulak kan XD

"Barang siapa yg berbuka sehari sahaja (dgn sengaja), maka tidak sama dgn setahun dia berpuasa".
Maksudnya, kalau kita berbuka saje saje, bila kita ganti tu, takkan pernah sama dgn setahun kita berpuasa. So jgnlah ponteng puasa kayy!

Bulan Ramadhan ni bulan yg dimuliakan oleh Allah. Satunya-2 bulan yg disebut dalam Al-Quran. Bulan yg diturunkan Al-Quran & kitab-kitab lain juga diturunkan dalan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan istimewa.



Kesimpulannya, 
-Ramadhan bukan bulan biasa.
-Ramadhan tahun hadapan belum tentu kita akan bertemu lagi.
So, jangan sia-siakan Ramadhan tahun ni.

Ramadhan tahun ini kita harapkan bukan Ramadhan terakhir bagi kita semua. Wallahualam.

Till then, wassalam :)



Saturday, August 4, 2012

Ramadhan ke-15 :)


بِـسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 


Doa Hari Ke–15 Ramadhan. Mohon ketaatan dan dimudahkan bertaubat.


Semoga kita sentiasa diberkati Allah :) Tingkatkan ibadah kepadaNya. 

Thursday, August 2, 2012

Majalah GenQ.

Assalamualaikum semua. Puasa tak nie? Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa hari nie :) K sementara ada masa free habis nie, jom kita update blog! Sekarang nie susah nak update. Kadang2 tunggu berhabuk sampai Spiderman dtg pun belum tentu ada post baru. Heee. Alhamdulillah life sy mcm biasa. Suka duka, normal lah tuu kan. Cuma kekuatan jiwa jea yg boleh kuatkan sy utk jalani hidup2 sy mcm biasa sebagai seorang hamba Allah, anak, pelajar & kawan. Puasa kali nie banyak mengajar sy erti kesabaran. Sabar utk tahan lapar, sabar utk tunggu waktu berbuka, sabar dari sifat marah. Walaupun kadang2 tuu, mmg rasa nak marah sgt, alhamdulillah dpt kawal. Tp ada jugak part yg lava dah meletup. Marah jea terus. Hahahaha. 


Visi sy Ramadhan nie, Nak tingkat ibadah kepada Allah. Yelahh, kalau nak cerita bab dosa, confirm tak habis! Banyak sgt dosa nie. Rasa hina sgt. Rasa sedih. Rasa malu dgn Allah. Hm. K act, aku nak share dgn korang. Pasal? Pasal? Haaaaa, majalah GenQ! Pernah dgr tak? Mesti pernah kan. Buku nie mmg superbb habis! Isi-2 dia mmg bagus. Td masa Sivik pergi library. Ddk dkt meja kacau anak Cikgu Faridah. Lepastu dia lari. Hahahaha jahat betul kitorang nie -.- K dah biasa. Hihi. Lepas dia pergi tuu, Hazie baca majalah nie. Terdetik dlm hati aku nak baca sekali. Suruh Atie amekkan. Bila baca tuu, rasa lain dgn baca majalah2 lain. Isi2 dia dlm tuu, mendalam sgt. Sesuai utk remaja mcm kitorang nie. Bila ada pape, baca kuat2 dkt Atie & Hazie suruh dorang dgr. Bila Hazie jumpa pape, dia baca kuat2 utk kitorang. Nampak tak sweet kitorang kat situ? Hahahaha :P Kalau pergi library dulu, kdg2 ada jugak baca buku nie. Tp makin lama, makin jarang. Yelahh, mana ada masa nak pergi library. Tak puasa, pergi makan dkt kantin. Kalau masa P&P, borak dgn member. Mana nak ada masa utk baca kan? Heeee.  Td aku baca tajuk "Mengubat Jiwa Kosong".




Bila baca tuu, rasa mcm, Ya Allah Kau sentiasa ada dgn aku :') 


    • Doa-Berdoa kpd Pemilik Hati.
    • Dengar-Mendengar ayat Allah s.w.t
    • Laksana-Melaksanakan perintah Allah s.w.t
    • Lihat-Melihat ciptaan Allah s.w.t
    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang (silih berganti) dan pada segala yg dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan-Nya) kpd kaum yg mahu bertakwa.” (Surah Yunus 10:6)
Bila dah bulan puasa nie, terasalah jgk nak berubah utk jd yg lebih baik. Yes, seriously nak jadi baik :) Bukan aku nak ckp aku jahat, tp aku tahu yg aku tak cukup baik. Zaman remaja nie aku tekad takkan sia2kan. Aku tahu zaman remaja nie lah byk cubaan, byk dugaan. Tp semua tuu, aku mesti tempuh. Mesti kuat utk hadapi semua tuu. Aku ada Allah, ada keluarga, ada kawan2. Dorang jd penguat utk aku ubah diri aku, utk aku tempuh semua dugaan aku selama aku jd remaja nie. Zaman remaja nie dtg sekali jea, masa skrg nie lah utk aku berubah. Utk aku habiskan dgn benda2 yg tak sia2. InsyaAllah, aku cuba utk jd yg lebih baik. Utk jd hamba Allah yg sentiasa mulia di sisi Allah, biarpun hina di sisi manusia. K kenapa aku emo sgt nie! Hahahaha haihh -.- K k, majalah nie harga dia RM7.00 jea. Tak mahal pun. Dah kalau topup boleh, takkan beli buku ilmiah pun tak boleh kan? Utk diri kita sendiri jgk. Aku pun nak cari buku nie. Hope sgt dpt beli bulan depan. Wallahualam.
Gtg, nak settle kerja Sejarah pulak. Selamat berbuka semua :)
Till then, wassalam.


“Ya Allah, Tuhan yg membolak-balikkan hati, teguhkan hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkan kami kepada jalan ketaatan “