Friday, September 21, 2012

NKISMK Peringkat Kebangsaan 1


Assalamualaikum. Ehem ehem. Semua sihat? Saya sihat alhamdulillah. Masih boleh bernafas dgn sempurna, masih boleh makan dgn mudah, masih boleh tidur dgn lena, masih boleh berdiri dgn stabil & masih boleh update new post walaupun dah lama dah update. Ihiksss XD Emm saya baru je balik dari kem. Agak-agak korang kem apa? Kem tentera? Oh nooooo! I hate Kem Tentera. Ahaha k dah cukup. Act saya baru je balik dari Pulau Pinang *Whoaaa Penang! O.O Tak payah nak teruja sangat ye. Hahaha. Alhamdulillah saya bersama 19 orang dari Negeri Pahang terpilih untuk ke NKISMK Peringkat Kebangsaan. NKISMK means Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan. Dua minggu wooo tak dtg sekolah. Hahaha. Homework confirm menggunung tinggi -.- 28-30 Ogos 2012 haritu pergi Peringkat Negeri Pahang dkt Air Tenang Resort, Janda Baik. Fuhhh tenangnyaaaa. Haha :P Rindu nak mandi pagi-2 sampai rasa mcm nak beku dekat sana! Aktiviti dekat sana seriously, mmg best! Masa majlis penutup tu, saya, Aina, Amid & Faris masuk Forum tajuk Kemanisan Berdakwah untuk penutupan. K agak nervous masa tu. Tapi watlek watpeace je kononnya :P Start daripada tu, mmg rapat gila dgn Amid. Ehh dia mengaji sedap tau. Lunak merdu macam Hindustan gituu. Eh ehh, bukan nak cerita pasal Amid! Aahaha. K sambung. Pengalaman dekat sana mmg tak boleh lupa. Best sgt. Dapat kenal dgn member-2 dalam negeri sendiri. Rindu dorang semua. rasa macam satu family je.


Tidur pun selesa. Habis penutupan tu, dia sebut nama 20 orang untuk ke peringkat kebangsaan. Alhamdulillah saya terpilih. Terkejut gila masa tuu. Bersyukur sgt. Rezekiiiiiii :) Masa tu Amid duduk sebelah sbb Forum. Tgk2 dia pun dapat pergi peringkat kebangsaan jugak. Yg paling best sekali sbb Fetry & Tyra pun dapat pergi jugak! Alhamdulillah. Kitorang mmg rapat gila bertiga masa dkt JB dulu. Last2 dpt pergi peringkat kebangsaan sama-2 jugak. Bersyukur sgt. 










Hari Pertama.
3hb September 2012. 
Mula-2 pagi tu datang sekolah dulu. Masuk perhimpunan. Sempatlah jugak lepas rindu dkt Atie & Epa. Cerita pasal dkt JB dulu. Lepastu pergi makan dkt kantin dgn Fikri. Dalam pukul 9 tu ustaz ajak bertolak ke Tol Bentong. Daerah Bentong & Raub kena tunggu daerah lain dari PPD Temerloh dekat Tol Bentong. Mmg moment betul lah dekat situ. Tunggu dekat tol Bentong sampai 2 jam. Pukul 11.45am baru bas sampai. Haihh takpe takpe, janji sampai. Nak naik bas tu, tetiba ustaz hulur RM50. Whoaa rezeki rezeki alhamdulillah. Dalam bas, Ustaz Yahaya bagi sweater, baju & duit. Belakang baju & sweater tu ada tulis PAHANG. Wahh lawa lawa! Hihi. Dalam perjalanan ke Penang tu, tidur kejap. Lepastu borak dgn Tyra, Alif & Amid. Sampai Penang dalam pukul 6 lebih mcm tu. Sampai2 sana, turun bas terus bawak beg pergi dewan untuk pendaftaran. 

Location : Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang. 
Hoyehh dapat baju & beg! Terharunya. Hahaha. 









 Masa kitorang sampai tu, tak sempat dgr taklimat sebab kitorang sampai lambat. So terus masuk bilik & mandi semua. Lepastu makan. Lepas makan tu, pergi surau. Solat & ada KULTIM. KULTIM ni maksudnya, Kuliah Tiga Minit. Peserta yg kena sampaikan. Nasiblah ustaz pilih secara rawak. Main sebut je lah kan. Hahaha.








Lepas habis kuliah & solat Isyak, kena pergi dewan, bahagikan kumpulan & kenal-2. Ada Ta'aruf dgn fasi. 








Fasi saya Ustazah Jamaliah. Seronok dapat kenal dgn group saya. Semua dari lain-2 negeri. That means kitorang kosong kosong. Hehehe. Dorang semua baik-2. Lepas habis aktiviti semua, makan then masuk bilik tidur! 

Hari kedua. 
4hb September 2012.
Esoknya tu, kena bangun awal. Saya bangun dalam pukul 4 mcm tu. Ehem awalnyalah kan. Ahaha. Siap mandi semua, pergi surau untuk Qiamullai & solat subuh. Habis solat subuh, ada kuliah subuh. Masa tu tetiba ustaz ckp "Saya tahu ramai yg tak mandi termasuk saya". Aku mcm, errr? Tak mandi? Kenapa? Ouh rupanya dorm lain takde ayakkk. Eh tapi kenapa dorm aku ada? Mmg bersyukur gila lah masa tu. Hahaha. Then lepas kuliah subuh dalam pukul 7 lebih mcm tu, ustaz suruh yg lain pergi masuk dorm & ambik barang untuk mandi dekat masjid. Kitorang relaks je kan sebab kitorang dah mandi XD Yg perempuan mandi dekat sekolah agama apa tah. Yg lelaki mandi dekat masjid. 


Then yg perempuan pergi masjid untuk program seterusnya. Hari tu mmg dugaan sgt. Pagi2 takde air, lepas mandi pergi masjid, masjid takde elektrik pulak. Ya Allah. Sabar sabar, dugaan semua tu. Tak lama lepas tu, ada elektrik. Alhamdulillah. Sejuk dapat nikmat air cond tengah2 panas ni ;) 





Lepastu start program (kumpulan) & makan. Masa makan mmg tak boleh lupa. Makan dalam talam 4 orang. Masa tu makan dengan Tyra, Fetry & Jun. Mmg kelakar gila lah masa tu. Asyik gelak je time Tyra nak suap aku. Fetry buat lawak. Hahaha serious rindu sangat masa tu. Kenangan :') 





Dah siap program & perbentangan dlm kumpulan, balik kem balik. Dalam pukul 5 lebih mcm tu jugaklah. Turun bas terus lari masuk bilik cop toilet. Yeayy dapat mandi XD




Malam tu lepas isyak makan & ada ceramah tentang Sultan Muhammad Al-Fatih. 












Best sgt cerita pasal dia. Penceramah dia pun best. Tak mengantuk. Tak puas dgr. Presentation dia pun superbb! Masa tu dia suruh nyanyi lagu Imam Muda ramai2. Masa tu mmg best moment ahh. Nyanyi je puas2. Nyanyi sambil peluk dgn Muthmainah. Huhu sweetnya ihikss XD 








Dalam pukul 11 lebih tu habis ceramah. Alorr tak puas tak puas! Ada makan malam. Tp masa tu tak rasa nak makan so terus masuk bilik borak2 kejapp dgn dorang then bummmm tidur!


Kayy thats all untuk hari Pertama & kedua. Nantikan post untuk hari ketiga & keempat kayy. 


Gtg. Ada banyak kerja lagi ni. Ni pun mmg taip sepantas kilat. Assalamualaikum :)