Tuesday, December 4, 2012

Saya Rindu Sekolah.


Assalamualaikum. Hi *Lambai tangan sambil buat muka comel* Muehee nak muntah hijau pulak rasanya -.- Selamat pagi semua. Sihat? Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas & menjadi khalifah Allah di bumi ini. Syukur Ya Allah :') Kita tak tahu ajal kita bila kan. Bila-bila je Allah nak tarik nyawa kita ni. Kita kena ingat, semua dekat dunia ni hanyalah SEMENTARA. Manalah tahu post kali ni post terakhir saya ke kan. Sobs, buat ayat touching pulak kan hehe. Saya tak boleh lama ni, ada kerja menanti. Antara hidup & mati wacehh haha :p Okay, kita pendekkan post kali ni kay. Dah asyik membebel mukadimah sampai 1001 patah perkataan bila nak jadi pendeknya kan. Eh? Okay okay, lets start!
Saya sangat sangat & teramatlah sangat rindu sekolah. Rindu kawan-kawan. Rindu tahap tera, giga, mega & sewaktu dengannya. Sepertimana yg kita semua tahu, sekarang dah bulan 12 & lagi berapa hari je lagi nak habis tahun 2012. Tahun ni banyak ubah kehidupan saya. Sangat banyak. Semakin malas & semakin rajin. Eh? Acano tu -.- Seriously saya rinduuuuuuuuuuu sangat kawan-kawan. Dah lama tak jumpa dorang, especially my classmates :(



































SAYA RINDU NAK...................................................................

  • Belajar sama-sama dalam kelas.
  • Gelak dengan Atie, Hazie & Epa sampai tak ingat dunia.
  • Menyanyi buat konsert dalam kelas.
  • Main isyarat mulut pass jawapan dekat member masa exam. *Opss kantoi pulak haha*
  • Lepak ramai-ramai dalam kelas.
  • Buat-buat menguap bila nak makan masa cikgu mengajar.
  • Main kejar-kejar dalam kelas.
  • Dengar cikgu berleter.
  • Dengar lawak tak beberapa pandai khas dari Asyrof.
  • Snap gambar ramai-ramai dalam kelas.
  • Tidur dalam kelas.
  • Panggil Epa "SEMBILLLL"
  • Buat gila dengan Epa masa BM.
  • Makan mi sup dekat kantin.
  • Rehat awal daripada orang lain dengan alasan "pengawas nak keluar rehat" Hahaha :p
  • Menyakat dengan Aboy dekat kantin.
  • Cari pasal dengan Ummi.
  • Kacau orang.
  • Tidur dalam PSS.
  • Rindu nak menyakat Epa masa dia tidur or makan dgn cakap "Epa, buat apa tu" *Dgn nada yg kuat* Hahaha :p
  • Dapat surat cinta daripada Hazie masa balik. Dia letak dalam beg tanpa aku sedar. Soooo sweet :')
  • Merayap dengan Hazie, Atie & Epa tawaf satu sekolah masa cikgu takde sampai kena aim dgn cikgu.
  • Kena duduk dekat luar kelas dengan Hazie, Atie & Epa masa BI sebab masuk lambat 20min, pergi tengok Puteri dekat Bilik Rawatan punya pasal. Hahahaha :p
  • Kena tarik telinga dengan Cikgu Laila masa BM sebab tak hantar karangan.
  • Kena duduk dekat luar kelas ramai-ramai masa BM sebab tak hantar kerja. Hahaha baik kan kitorang sekelas? :p
  • Kena buah dengan Cikgu Rajmi masa Sejarah.
  • Borak dalam surau masa Agama lepastu Ustazah suruh duduk depan Atie belah kiri, aku belah kanan. Hahahaha taktahu pun ustazah dengar kitorang borak masa tu. Rasanya dah slow dah kitorang cakap X
  • Buat majalah sekolah dalam Makmal Komputer semata-mata taknak masuk dewan dengan Hazie, Atie, Epa & Wanie.


Yang lain biarlah menjadi secret recipe & kenangan buat saya sorang. Ececehh. Kalau nak cakap, sampai tahun depan tak habis haha :p Tu semua kerja saya dalam kelas. Nampak tak cemerlang tu? Hahahaha *Pengsannn*. Saya rindu semua tu. Sangat sangat rindu :( Walaupun tahun ni tak sebest tahun lepas, tapi saya happy sangat sebab ada kawan-kawan yg baik, sporting & gila-gila yg sama kepala dgn kepala saya yg tak beberapa nak stabil ni XD Banyak kenangan saya dengan dorang tahun ni. Doranglah keluarga, doranglah adik-beradik, doranglah kawan, doranglah segala-galanya. Saya sayang dorang sangat-sangat. They always make me smile ;)

















Seriously I miss them sooooo much!

Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya. Kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana diri kita juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah Fillah. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat & diberkati Allah S.W.T, InshaAllah :') Wallahualam.

Till then, wassalam :)


Saturday, December 1, 2012

Maahad Tahfiz AlQuran Dar Al Abrar.

Assalamualaikum. Selamat tengahari bloggers sekalian. Dah solat Zohor belum ni? Kalau dah alhamdulillah. Kalau belum, pergi solat sekarang! *Pegang rotan, cekak pinggang* Ihiks! Okay, kita dah pun masuk bulan Disember. Hello December! Please be good to me. Let me be happy. Bye November! I'll miss you. A lot. :')





Sepanjang cuti bulan 11 ni, saya menghabis cuti saya dengan pergi program Kem Hafazan AlQuran & Motivasi Anak Soleh dekat Maahad Tahfiz AlQuran Dar Al Abrar. Semalam baru habis. Dan saya sangat rindukan semuanya dekat sana. Ehemm *tahan air mata* Masa mula-mula ibu ayah cakap ibu ayah dah daftar Tahfiz, saya rasa macam lahaii malasnya nak pergi :( Pagi tu bangun awal. Lepas Subuh tak tidur, pergi mandi, breakfast then around 8 pergi. Sampai tu, betulkan niat. Datang sana untuk belajar. Masa sampai tu tertanya-tanya, "Aduhh takde kawan ke dekat sini". Masa nak daftar ambik name tag tu, tetiba nampak Jiah. Fuhh lega sikit rasa at least ada jugak kawan yg kenal. Nampak Siti. Lega rasa masa tu. Pergi naik atas masuk dewan, masa first day tu ada slot bersama Imam Muda Ashraf je.



Around 10am-12pm. Best. Esoknya tu dah start Kelas Hafazan & lepas rehat kelas Fardhu Ain. Masa balik tu ada perjumpaan sekejap dekat dewan. Balik tu dapat biskut Marie. Yeayyy dapat makan! Oh no no no! Bukan untuk makan, tapi barang amanah. Kena jaga sampai 30 Nov. Ada yg tak sampai rumah lagi dah patah biskut tu sebab jatuh. Haha kesian je. Nasib baik yg saya tahan. Amanah tak? Amanah tak? Ececehh. Hahaha :p








Hari esok tu, Rabu, pagi macam biasa ada Kelas Hafazan. Then lepas rehat tu ada aktiviti LDK. Apa tu
LDK? Ehemm Latihan Dalam Kumpulan & I'm the leader of the group. Nama kumpulan kitorang, Az-Zahra. Akiviti yg kitorang kena buat jengjengjengg! Macam biasalah kan kalau Modul Ukhwah ofcourse lah kena buat pembentangan dalam kertas mahjung. Buat logo, trademark kumpulan & projek kumpulan. Tak habis siap lagi ustaz dah bagitahu masa dah habis. Nasib baik yg lain pun tak siap. Projek kumpulan masa tu jugak siap. Alhamdulillah. Esoknya tu sepatutnya lepas rehat ada kelas Tajwid tapi digantikan dengan aktiviti pembentangan kumpulan. Semua naik tingkat atas sekali untuk buat pembentangan. Masa bentang tu alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. But! Projek failed! Sebab? Sebab air dalam cawan yg kitorang pegang seramai 10 orang tu tumpah sikit je. Terus out! Cesss. Nasib baik ustazah cakap pembentangan okay. Lega sikit rasa. Kenapa nama kumpulan Az-Zahra? Ada yg tanya masa pembentangan. Az-Zahra tu sebab, Zahara tu kan bunga. Az-Zahra tu bunga-bunga (Cehh belajar Arab kejap hehe) Ahli kumpulan kitorang semua perempuan. Perempuan tu ibarat bunga. Bunga yg cantik, indah, mekar, TAPI tak boleh dipegang sesuka hati oleh laki-laki semua :) Hari Jumaat tu, pagi ada Kelas Hafaz & lepas rehat ada kelas Tajwid then balik! Hari Sabtu & Ahad cuti yeayy!


Minggu seterusnya macam minggu lepas jugak. Ada Kelas Hafazan, Fardhu Ain, LDK (Modul Minda) & Tajwid. Hari Jumaat tu pulak ada slot bersama Ustaz Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) Dia cerita pasal Gaza. Masa dia buat tayangan Gaza tu. Ya Allah, sebak sangat rasa. Menitis air mata terbayang mereka dekat sana. Allahu :'/


Minggu ni minggu last saya ada dekat sana. Rasa macam sekejap sangat dekat sana, dah minggu last. Sedih lah jugak rasa. Tak puas lagi dekat sana. Tapi LDK minggu ni memang best! Seriously best sangattt. LDK Modul Muhasabah. Kena redah hutan dekat belakang Maahad Tahfiz tu. Sebagai ketua kumpulan, saya kena duduk depan pegang tangan anak-anak buah saya. Ada gaya ibu mithali? Ahaks! Tapi redah hutan tu macam biasa je sebab sekejap je dalam hutan tu. Shortcut ke Sg.Marong. Bagi sape-sape yg jam dekat area situ, boleh lah ikut shorcut ke Sg.Marong. Tapi kereta tinggal k. Hahaha :p Dah keluar hutan tu, terkejut kejap sebab tetiba je dah sampai Sg.Marong. Teruja doh. Haha. Masa sampai tu, kena beratur, ada satu rumah pakcik ni dia bagi semua Durian. Makan seulas sorang. Lepastu pergi jalan ke tempat lain pulak. Dah sampai dekat simpang makcik jual Nasi Lemak tu, ustazah suruh tutup mata. Whoaaa nak buat apa ni! Tutup jelah mata guna kain masa tu.Bayangkan lah, sebelah tgn kena jaga fail & barang amanah. Sebelah lagi tgn kena pegang tangan kawan. Fuhh masa tu dgn tak nampak apa-apanya, dgr jelah ustazah kelenton cakap ada longkang lah, ada kayu atas kepala lah. Hahaha. Dah sampai satu tempat ni, ustazah suruh duduk. Masa tu tetiba fail kena ambik. Ustaz tarik. Fuhh menjerit sekejap. Haha.



Lepastu ustazah suruh bangun, jalan-jalan lepastu ustazah cakap dah boleh bukak kain. Bukak bukak, terkesima sekejap wacehh. Tersedar ada dekat Tanah Perkuburan Islam Sg.Marong. Fuhh dah lah ada orang baru dikebumikan dekat situ. Tabahkan diri. Masa bukak kain tu, mata still blur je. Tak nampak sepenuhnya sampai ada yg tegur "Kak Bella! Kenapa mata akak ni? Akak nangis ke? Akak sakit mata? Merah gila mata akak". Fuhh masa tu mmg dah sedar mata aku sakit. Merah gila. Maybe sebab ikat ketat sangat kot. Lepastu ustaz suruh pergi dua orang satu kubur. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya kena bersihkan kubur. First time. Pengalaman yg takkan aku lupakan sampai bila-bila. Bersihkan kubur dgn Jiah. Cari kubur lain, bersihkan lagi. Lepastu jalan-jalan keliling tempat kubur tu tgk kubur yg lain.




Rasa sebak, takut semua ada masa tu. Terbayang macam mana kalau diri sendiri meninggal nanti.Meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya. Hm lepas dah siap bersihkan kubur, jalan pergi taman dekat Sg.Marong. Picnic dekat sana. Makan ramai-ramai. Seriously best :) Lepas dah siap tu, balik ke Maahad Tahfiz balik. Masa tu mmg penat tahap gaban. Nak cakap pun tak larat. Terbayang-bayang katil dekat rumah. Fuhhh. Masa tu ustaz suruh wakil kumpulan buat rumusan daripada aktiviti LDK kali ni. Semua suruh aku, ustazah panggil aku. Masa tu mmg aku betul2 tak larat. Nak cakap pun tak larat. Last2 Nazira yg kena cakap. Hahaha kesian dia, sorry ustazah hehe.



Jumaat, 30 Nov 2012.
Semalam. Tibalah masanya. Last day dekat sana. Em sedih  je rasa. Rindu semua! Pagi tu majlis penyampaian hadiah & anugerah untuk peserta. Alhamdulillah, Az-Zahra jadi kumpulan terbaik. we won! Az-Zahra won yeahh! Ihiks! Kitorang dapat dua hamper. Cehh nampak macam tamak kan. Haha. Kitorang menang aktiviti LDK (Modul Ukhwah) & LDK (Modul Muhasabah). Tak percaya je rasa masa tu. Hihi. Lepas rehat tu, ada slot bersama kumpulan nasyid UNIC. Seronok dapat jumpa dgn abang-abang UNIC. Abang Fakhrul, Abang Bazli. Boleh tahan lawak jugak dorang. Asyik nak gelak je. Lagi2 bila Abang Fakhrul cakap. Hahaha seriously best. Mula2 dorang sampai, dorang nyanyi. Whoaaa awesome gila suara! Live punya wacehh XD




Habis slot tu around 12, then ada tayangan media sepanjang kem dekat sana. Rindu je rasa. Lepastu ada acara tukar hadiah. Masa tu Nazira ada depan aku so tukar dgn dia. Thank you so much Nazira. She gave me "Gen-Q" magazine. Seriously suka sangat! Tak payah susah2 beli bulan ni hehe. Em rindu dia :/


Lepastu ustazah bagi anugerah untuk antara yg terbaik dalam kumpulan. Alhamdulillah saya dapat. Thanks ustazah. Saya akan simpan sampai bila-bila :')





Masa sebelum balik tu, bukak hamper. Agih-agihkan. Snap-snap. Salam-salam. Then balikkk! Whoaa saya rindu semuaaaaaaa :(


















Okay, thats all aktiviti sepanjang bulan Nov tahun ni. Alhamdulillah cuti bulan Nov kali ni saya habiskan dgn program yg berfaedah & ke arah islamic. Saya rindu suasana dekat sana. Saya rindu kawan2 dekat sana. Saya rindu Ustaz & Ustazah dekat sana. Saya rindu makcik dekat sana. Saya rindu makanan dekat sana. Saya rindu kelas dekat sana. Saya rindu dewan dekat sana. Saya rindu kipas besar yg selalu buat tudung saya jadi tak betul dekat sana. Saya rindu semuanya. SEMUANYA! Terima kasih kepada ustaz & ustazah dekat sana, ajar saya mana baik mana buruk. Pengalaman & kenangan sepanjang saya dekat sana takkan pernah saya lupakan. Saya sayang semua :*



Semoga bulan ini lebih baik daripada bulan-bulan sebelum ini. InshaAllah. Habiskan masa cuti anda dgn sebaik-baiknya dgn perkara yg berfaedah okay. Till then, wassalam :)



Sunday, November 25, 2012

Ini.Kisah.Vlogger.


Assalamualaikum. Hye peeps! Fuhhh aman damai dekat blog ni. Takde main bash-bash haha. Seriously makin hari makin boring Twitter. Sebab? Penatlah tengok asyik main bash sana bash sini bash there bash here boomm! Dekat Facebook lagilah boring. Asyik-asyik group post, game request. Fuhh boring boring. So kita deactivated jelah hihi. Kalau camtu, nak pergi dekat Myspace lah. Lagilah aman. Ahaks! Pagi tadi online Twitter, tak habis lagi pasal Ayuni. Tweet sekejap dengan Hazie. Dah boring, offline. On balik tengahari, tengok2 ada pulak retisss baru, Lyana Evans. Banjir TL dgn nama dia. Seriously boring. Rasa tak aman. So kita jalan-jalan dekat blog ni alololo bucuk-bucuk :p Cuti? Study? Em baru study Math. Rasa malas sangat. But still kuatkan diri, lawan nafsu. And yeahh! Bertahan satu jam setengah je. Hahahaha nyepun aduyai teberrrr! XD





Sekarang still dekat Tahfiz lagi. Next week last. Rasa macam sekejap je. Rasa macam baru je lagi masuk. Dan ye, saya akan rindu semuanya. Semuanya. Ustazah, ustaz, kawan-kawan, makcik-makcik yg masak, Mak Teh, semua lah! Harini takde kelas, so kita enjoyy! Eh eh tak. Haha seriously boring sangat-sangat bila takde kelas. Selalu bangun Subuh tak tidur dah. Ni tak, lepas Subuh tidur balik pukul 10 baru bangun. Comel anak dara ni punya perangai kan *Big clap* -___- Memang tak dapat dinafikan bahawa saya amat amat & teramat sangat merindui kawan-kawan saya. Hazie, Atie, Epa, member 4ST, semua lah. Cuti mmg lah best. Rasa macam taknak balik sekolah dah haha. Tapi rindu sangat dekat dorang. Membuak-buak dah rindu ni ecehhh :p


Bila dah boring tahap dewa kelapan tengahari ni, mmg takde kerja nak buat. Layan Youtube jelah. Layan Vlogger gempak. Serious gempak! Satu video yg nak buat aku pecah perut, ni haaa dia tudiaa! Tudiaa!



WHATEVERRRR! Hahaha video sempoi je tapi best! Boleh jadi macam Anwar Hadi & Mat Luthfi ni. Suka tengok video dia. Tadi bukak channel dia dekat Youtube, tengok dia baru upload video baru. Terus bukak. Hahahahaha mmg tak tahan. Sengal tahap max dah ni. Dia sempoi sangat. Suka suka XD Cara dia tu pun nak buat pecah usus kecik usus besar haha. Tapi setiap kali dia upload video, mesti ada pengajaran & mesti ada NAJWA LATIF! Hahaha.





Ni antara video dia yg best. Ada banyak lagi. Kalau time boring, tak boleh tidur, layan video dia mmg syiokkk! Daripada tengok drama dekat Twitter kan. Ihiks! Kalau nak tengok video dia, korang boleh pergi ke channel dia,
http://www.youtube.com/user/PQStudios1?feature=watch

"Setiap orang mempunyai kelebihan & kelemahan masing-masing. Takde manusia yang sempurna di dunia ini"

Till then, wassalam :)



Saturday, November 17, 2012

NKISMK Peringkat Kebangsaan 3


Assalamualaikum. Selamat pagi semua! Eh 10 minit lagi nak dekat pukul 12 muehehe. Semalam dah cakap nak cont post harini kan. Janji dicapati katanya. Ahaks! Semalam agak gelabah sikit tu yg sampai typo sampai Hazie nak menganjing pulak kan haha. Lupakan.



Lets start! Hari keempat. Hari last. Hari perpisahan. Oh sedih. Pagi tu bangun macam biasa. Solat Subuh, kultim. Lepas settle semua, breakfast. Lepastu ada rehearsal untuk Majlis Penutup. Whoaaa Amid jadi pengerusi majlis. Well, Pahang kan. Hahaha :p Dalam beberapa minit lepastu, start Majlis Penutup Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan dalam pukul 10 lebih macam tu. Yang Berhormat sampai. Doa, dgr ucapan, perasmian & penyampaian hadiah.











Lepas dah siap majlis, ada Resolusi Akhir. Salam-salam. Ni yg lemah sekali. Sumpah sedih sangat sangat sangat masa ni. Dah rasa perpisahan tu. Rasa taknak gerak je masa tu :( Sebelum salam-salam, ustaz suruh zikir, hayati zikir, pegang tangan kawan sebelah.









Ya Allah, masa tu rasa eratnya persahabatan dekat sini. Sedih nak tinggalkan dorang. Tak ready lagi masa tu. Walaupun hidup dengan dorang baru berapa hari, tapi ikatan persahabatan antara satu sama lain tu kuat. Dekat sana, doranglah kawan, doranglah keluarga, doranglah saudara. Masa hayati zikir tu, ofcourse lah menangis. Dengar ustaz bagi ucapan ikhlas dari hati.



Sebak je rasa. Semua menangis masa tu. Dah lama sikit tu, ustaz suruh satu-satu group bangun untuk salam fasi. Start daripada group 12(p). Masa salam fasi tu pun rasa macam Ya Allah, kenapa kena berpisah dgn dorang.





Rasa bersyukur sangat dapat kenal dgn fasi-fasi dekat sana. Semuanya baik, caring, loving. Yg penting, semuanya cintakan Islam :') Masa salam fasi tu, menangis. Fasi bagi kata-kata semangat. "Teruskan perjuangan, perjalanan masih jauh. Ingat kisah Al-Fateh." "Adik muda lagi. Ingat ibu ayah. Jadi anak solehah. Teruskan perjuangan." Semua kata-kata tu masih terngiang-ngiang je. Fasi bagi semangat. Perjalanan hidup aku masih jauh. Aku takkan putus asa. Aku akan teruskan perjuangan ni. Terima kasih ustazah, terima kasih ustaz :')














Lepas salam fasi, salam kawan-kawan. Masa tu lagilah rasa sedih. Walaupun berlainan negeri, tapi tetap rapat. Mula-mula salam Muthmainah. Ingat lagi, masa salam dia tu dia tengah nangis, aku pun tengah nangis. Nak salam dia, dia cakap "Ingatkan budak tadika mana tadi". Haha tengok, dalam sedih2 pun dia sempat lagi nak buat lawak. Serious suka kawan dgn dia. Masa ceramah Al-Fateh haritu nyanyi lagu Imam Muda nyanyi sama dengan dia, siap peluk lagi. Dia baik sangat. Friendly.







 Lepas salam dia, salam orang lain. Beratur. Bila salam budak-budak Pahang je, peluk erat-erat, rasa taknak lepas masa tu. Kitorang mmg rapat sangat-sangat dekat sana. Sampai turn Tyra. Masa tu lagilah air mata menitis tak payah nak cakap lah. Kawan paling rapat dekat sana. Daripada peringkat negeri sampai kebangsaan tak pernah berpisah. Lepastu salam orang lain lagi, sampai  turn Fetri pulak. Ya Allah, perasaan sedih masa tu tak boleh nak gambarkan. Allah je yg tahu macam mana perasaan aku masa tu. Dia pun kawan rapat dekat sana. Kitorang bertiga (aku, Tyra & Fetri) tak pernah berpisah dekat sana. Sentiasa bersama daripada peringkat negeri. Katil pun sebelah-sebelah. Masa salam Fetri tu, dia nampak je muka aku, dia nangis. Tapi nak gelak. Haha. Masa tu peluk dia sekuat-kuatnya. Aku sayang dorang :')







Dah siap salam semua, duduk dalam kumpulan balik. Ada sesi isi borang. Jawab soalan semua.



Lepas siap semua, makan tengahari. Masa tu duduk dengan budak-budak Pahang. Ada budak Sabah rasanya masa tu. Main suap-suap buat kali terakhir. Serious rindu nak suap dorang semua. Setiap kali makan mesti cari Tyra & Fetri, suap dorang. Ya Allah, rindunya semua tu :( Masa tu dapat aiskrim free nyumnyumm! Main suap-suap aiskrim pulak dgn dorang. Dah siap makan, ambik barang dah siap kemas dekat dalam bilik. Snap-snap dgn dorang.





Jalan ke tempat bas. Rasanya macam taknak balik je masa tu. Tetiba sampai message dari Amid. Dia cakap, "Wey, aku balik dulu. Aku tak naik bas dgn korang". Masa tu rasa nak nangis je. Sedih sangat! Masa nak naik bas tu, tetiba nampak Amid. Kurang asam dia saje je nak main-main. Orang dah nak nangis, dia boleh lagi main-main. Rasa nak sepak-sepak je dia masa tu. Hahaha.



Duduk dalam bas, borak-borak dgn dorang. Lepastu tidur kejap. Dalam bas tu mmg dah rasa sedih sbb nak berpisah dgn dorang. Kitorang dari Bentong & Raub turun dulu dekat Tol Bentong. Sampai je dekat Petronas Bentong tu, rasa nak menyorok je taknak turun nanti! Dah sampai tol Bentong tu, peluk Fetri kuat-kuat. Dia dari Jerantut. So dia sampai lambat lagi. Salam & peluk budak perempuan yg lain. Masa tu menangis tak payah nak cakap lah. Sedih sangat! Masa nak ambik beg tu, budak-budak laki turun sekali. Dorang ambikkan beg bawak pergi kereta ustaz. Dorang ajak tangkap gambar. Lepastu salam peluk Ustazah Intan. Sebak je rasa. Lepastu bas tu jalan, menangisssssss! Masa dorang lambai dari tingkap tu air mata ni tak henti-henti mengalir. Lepastu ustaz hantar balik rumah. Sampai rumah, ayah sambut. Whoaaa rindu ayah! Peluk kuat-kuat. Masuk rumah salam peluk ibu ayah. Lamanya tak jumpa. Cerita pasal dekat sana dekat ibu ayah. Masa cerita tu, menangis nangis. Tak sanggup rasa nak cerita. Rindu dorang :'(

So, thats all! Walaupun sekejap je kenal dorang, persahabatan antara kitorang takkan pernah terpisah. Jauh di mata, tapi dekat di hati. Sayang dorang semua!
Semoga persahabatan antara kita semua kekal hingga ke akhir hayat, In Shaa Allah ;)
Sekian, wassalam :)