Saturday, December 1, 2012

Maahad Tahfiz AlQuran Dar Al Abrar.

Assalamualaikum. Selamat tengahari bloggers sekalian. Dah solat Zohor belum ni? Kalau dah alhamdulillah. Kalau belum, pergi solat sekarang! *Pegang rotan, cekak pinggang* Ihiks! Okay, kita dah pun masuk bulan Disember. Hello December! Please be good to me. Let me be happy. Bye November! I'll miss you. A lot. :')





Sepanjang cuti bulan 11 ni, saya menghabis cuti saya dengan pergi program Kem Hafazan AlQuran & Motivasi Anak Soleh dekat Maahad Tahfiz AlQuran Dar Al Abrar. Semalam baru habis. Dan saya sangat rindukan semuanya dekat sana. Ehemm *tahan air mata* Masa mula-mula ibu ayah cakap ibu ayah dah daftar Tahfiz, saya rasa macam lahaii malasnya nak pergi :( Pagi tu bangun awal. Lepas Subuh tak tidur, pergi mandi, breakfast then around 8 pergi. Sampai tu, betulkan niat. Datang sana untuk belajar. Masa sampai tu tertanya-tanya, "Aduhh takde kawan ke dekat sini". Masa nak daftar ambik name tag tu, tetiba nampak Jiah. Fuhh lega sikit rasa at least ada jugak kawan yg kenal. Nampak Siti. Lega rasa masa tu. Pergi naik atas masuk dewan, masa first day tu ada slot bersama Imam Muda Ashraf je.



Around 10am-12pm. Best. Esoknya tu dah start Kelas Hafazan & lepas rehat kelas Fardhu Ain. Masa balik tu ada perjumpaan sekejap dekat dewan. Balik tu dapat biskut Marie. Yeayyy dapat makan! Oh no no no! Bukan untuk makan, tapi barang amanah. Kena jaga sampai 30 Nov. Ada yg tak sampai rumah lagi dah patah biskut tu sebab jatuh. Haha kesian je. Nasib baik yg saya tahan. Amanah tak? Amanah tak? Ececehh. Hahaha :p








Hari esok tu, Rabu, pagi macam biasa ada Kelas Hafazan. Then lepas rehat tu ada aktiviti LDK. Apa tu
LDK? Ehemm Latihan Dalam Kumpulan & I'm the leader of the group. Nama kumpulan kitorang, Az-Zahra. Akiviti yg kitorang kena buat jengjengjengg! Macam biasalah kan kalau Modul Ukhwah ofcourse lah kena buat pembentangan dalam kertas mahjung. Buat logo, trademark kumpulan & projek kumpulan. Tak habis siap lagi ustaz dah bagitahu masa dah habis. Nasib baik yg lain pun tak siap. Projek kumpulan masa tu jugak siap. Alhamdulillah. Esoknya tu sepatutnya lepas rehat ada kelas Tajwid tapi digantikan dengan aktiviti pembentangan kumpulan. Semua naik tingkat atas sekali untuk buat pembentangan. Masa bentang tu alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. But! Projek failed! Sebab? Sebab air dalam cawan yg kitorang pegang seramai 10 orang tu tumpah sikit je. Terus out! Cesss. Nasib baik ustazah cakap pembentangan okay. Lega sikit rasa. Kenapa nama kumpulan Az-Zahra? Ada yg tanya masa pembentangan. Az-Zahra tu sebab, Zahara tu kan bunga. Az-Zahra tu bunga-bunga (Cehh belajar Arab kejap hehe) Ahli kumpulan kitorang semua perempuan. Perempuan tu ibarat bunga. Bunga yg cantik, indah, mekar, TAPI tak boleh dipegang sesuka hati oleh laki-laki semua :) Hari Jumaat tu, pagi ada Kelas Hafaz & lepas rehat ada kelas Tajwid then balik! Hari Sabtu & Ahad cuti yeayy!


Minggu seterusnya macam minggu lepas jugak. Ada Kelas Hafazan, Fardhu Ain, LDK (Modul Minda) & Tajwid. Hari Jumaat tu pulak ada slot bersama Ustaz Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) Dia cerita pasal Gaza. Masa dia buat tayangan Gaza tu. Ya Allah, sebak sangat rasa. Menitis air mata terbayang mereka dekat sana. Allahu :'/


Minggu ni minggu last saya ada dekat sana. Rasa macam sekejap sangat dekat sana, dah minggu last. Sedih lah jugak rasa. Tak puas lagi dekat sana. Tapi LDK minggu ni memang best! Seriously best sangattt. LDK Modul Muhasabah. Kena redah hutan dekat belakang Maahad Tahfiz tu. Sebagai ketua kumpulan, saya kena duduk depan pegang tangan anak-anak buah saya. Ada gaya ibu mithali? Ahaks! Tapi redah hutan tu macam biasa je sebab sekejap je dalam hutan tu. Shortcut ke Sg.Marong. Bagi sape-sape yg jam dekat area situ, boleh lah ikut shorcut ke Sg.Marong. Tapi kereta tinggal k. Hahaha :p Dah keluar hutan tu, terkejut kejap sebab tetiba je dah sampai Sg.Marong. Teruja doh. Haha. Masa sampai tu, kena beratur, ada satu rumah pakcik ni dia bagi semua Durian. Makan seulas sorang. Lepastu pergi jalan ke tempat lain pulak. Dah sampai dekat simpang makcik jual Nasi Lemak tu, ustazah suruh tutup mata. Whoaaa nak buat apa ni! Tutup jelah mata guna kain masa tu.Bayangkan lah, sebelah tgn kena jaga fail & barang amanah. Sebelah lagi tgn kena pegang tangan kawan. Fuhh masa tu dgn tak nampak apa-apanya, dgr jelah ustazah kelenton cakap ada longkang lah, ada kayu atas kepala lah. Hahaha. Dah sampai satu tempat ni, ustazah suruh duduk. Masa tu tetiba fail kena ambik. Ustaz tarik. Fuhh menjerit sekejap. Haha.



Lepastu ustazah suruh bangun, jalan-jalan lepastu ustazah cakap dah boleh bukak kain. Bukak bukak, terkesima sekejap wacehh. Tersedar ada dekat Tanah Perkuburan Islam Sg.Marong. Fuhh dah lah ada orang baru dikebumikan dekat situ. Tabahkan diri. Masa bukak kain tu, mata still blur je. Tak nampak sepenuhnya sampai ada yg tegur "Kak Bella! Kenapa mata akak ni? Akak nangis ke? Akak sakit mata? Merah gila mata akak". Fuhh masa tu mmg dah sedar mata aku sakit. Merah gila. Maybe sebab ikat ketat sangat kot. Lepastu ustaz suruh pergi dua orang satu kubur. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya kena bersihkan kubur. First time. Pengalaman yg takkan aku lupakan sampai bila-bila. Bersihkan kubur dgn Jiah. Cari kubur lain, bersihkan lagi. Lepastu jalan-jalan keliling tempat kubur tu tgk kubur yg lain.




Rasa sebak, takut semua ada masa tu. Terbayang macam mana kalau diri sendiri meninggal nanti.Meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya. Hm lepas dah siap bersihkan kubur, jalan pergi taman dekat Sg.Marong. Picnic dekat sana. Makan ramai-ramai. Seriously best :) Lepas dah siap tu, balik ke Maahad Tahfiz balik. Masa tu mmg penat tahap gaban. Nak cakap pun tak larat. Terbayang-bayang katil dekat rumah. Fuhhh. Masa tu ustaz suruh wakil kumpulan buat rumusan daripada aktiviti LDK kali ni. Semua suruh aku, ustazah panggil aku. Masa tu mmg aku betul2 tak larat. Nak cakap pun tak larat. Last2 Nazira yg kena cakap. Hahaha kesian dia, sorry ustazah hehe.



Jumaat, 30 Nov 2012.
Semalam. Tibalah masanya. Last day dekat sana. Em sedih  je rasa. Rindu semua! Pagi tu majlis penyampaian hadiah & anugerah untuk peserta. Alhamdulillah, Az-Zahra jadi kumpulan terbaik. we won! Az-Zahra won yeahh! Ihiks! Kitorang dapat dua hamper. Cehh nampak macam tamak kan. Haha. Kitorang menang aktiviti LDK (Modul Ukhwah) & LDK (Modul Muhasabah). Tak percaya je rasa masa tu. Hihi. Lepas rehat tu, ada slot bersama kumpulan nasyid UNIC. Seronok dapat jumpa dgn abang-abang UNIC. Abang Fakhrul, Abang Bazli. Boleh tahan lawak jugak dorang. Asyik nak gelak je. Lagi2 bila Abang Fakhrul cakap. Hahaha seriously best. Mula2 dorang sampai, dorang nyanyi. Whoaaa awesome gila suara! Live punya wacehh XD




Habis slot tu around 12, then ada tayangan media sepanjang kem dekat sana. Rindu je rasa. Lepastu ada acara tukar hadiah. Masa tu Nazira ada depan aku so tukar dgn dia. Thank you so much Nazira. She gave me "Gen-Q" magazine. Seriously suka sangat! Tak payah susah2 beli bulan ni hehe. Em rindu dia :/


Lepastu ustazah bagi anugerah untuk antara yg terbaik dalam kumpulan. Alhamdulillah saya dapat. Thanks ustazah. Saya akan simpan sampai bila-bila :')





Masa sebelum balik tu, bukak hamper. Agih-agihkan. Snap-snap. Salam-salam. Then balikkk! Whoaa saya rindu semuaaaaaaa :(


















Okay, thats all aktiviti sepanjang bulan Nov tahun ni. Alhamdulillah cuti bulan Nov kali ni saya habiskan dgn program yg berfaedah & ke arah islamic. Saya rindu suasana dekat sana. Saya rindu kawan2 dekat sana. Saya rindu Ustaz & Ustazah dekat sana. Saya rindu makcik dekat sana. Saya rindu makanan dekat sana. Saya rindu kelas dekat sana. Saya rindu dewan dekat sana. Saya rindu kipas besar yg selalu buat tudung saya jadi tak betul dekat sana. Saya rindu semuanya. SEMUANYA! Terima kasih kepada ustaz & ustazah dekat sana, ajar saya mana baik mana buruk. Pengalaman & kenangan sepanjang saya dekat sana takkan pernah saya lupakan. Saya sayang semua :*



Semoga bulan ini lebih baik daripada bulan-bulan sebelum ini. InshaAllah. Habiskan masa cuti anda dgn sebaik-baiknya dgn perkara yg berfaedah okay. Till then, wassalam :)



No comments:

Post a Comment