Sunday, November 25, 2012

Ini.Kisah.Vlogger.


Assalamualaikum. Hye peeps! Fuhhh aman damai dekat blog ni. Takde main bash-bash haha. Seriously makin hari makin boring Twitter. Sebab? Penatlah tengok asyik main bash sana bash sini bash there bash here boomm! Dekat Facebook lagilah boring. Asyik-asyik group post, game request. Fuhh boring boring. So kita deactivated jelah hihi. Kalau camtu, nak pergi dekat Myspace lah. Lagilah aman. Ahaks! Pagi tadi online Twitter, tak habis lagi pasal Ayuni. Tweet sekejap dengan Hazie. Dah boring, offline. On balik tengahari, tengok2 ada pulak retisss baru, Lyana Evans. Banjir TL dgn nama dia. Seriously boring. Rasa tak aman. So kita jalan-jalan dekat blog ni alololo bucuk-bucuk :p Cuti? Study? Em baru study Math. Rasa malas sangat. But still kuatkan diri, lawan nafsu. And yeahh! Bertahan satu jam setengah je. Hahahaha nyepun aduyai teberrrr! XD





Sekarang still dekat Tahfiz lagi. Next week last. Rasa macam sekejap je. Rasa macam baru je lagi masuk. Dan ye, saya akan rindu semuanya. Semuanya. Ustazah, ustaz, kawan-kawan, makcik-makcik yg masak, Mak Teh, semua lah! Harini takde kelas, so kita enjoyy! Eh eh tak. Haha seriously boring sangat-sangat bila takde kelas. Selalu bangun Subuh tak tidur dah. Ni tak, lepas Subuh tidur balik pukul 10 baru bangun. Comel anak dara ni punya perangai kan *Big clap* -___- Memang tak dapat dinafikan bahawa saya amat amat & teramat sangat merindui kawan-kawan saya. Hazie, Atie, Epa, member 4ST, semua lah. Cuti mmg lah best. Rasa macam taknak balik sekolah dah haha. Tapi rindu sangat dekat dorang. Membuak-buak dah rindu ni ecehhh :p


Bila dah boring tahap dewa kelapan tengahari ni, mmg takde kerja nak buat. Layan Youtube jelah. Layan Vlogger gempak. Serious gempak! Satu video yg nak buat aku pecah perut, ni haaa dia tudiaa! Tudiaa!



WHATEVERRRR! Hahaha video sempoi je tapi best! Boleh jadi macam Anwar Hadi & Mat Luthfi ni. Suka tengok video dia. Tadi bukak channel dia dekat Youtube, tengok dia baru upload video baru. Terus bukak. Hahahahaha mmg tak tahan. Sengal tahap max dah ni. Dia sempoi sangat. Suka suka XD Cara dia tu pun nak buat pecah usus kecik usus besar haha. Tapi setiap kali dia upload video, mesti ada pengajaran & mesti ada NAJWA LATIF! Hahaha.





Ni antara video dia yg best. Ada banyak lagi. Kalau time boring, tak boleh tidur, layan video dia mmg syiokkk! Daripada tengok drama dekat Twitter kan. Ihiks! Kalau nak tengok video dia, korang boleh pergi ke channel dia,
http://www.youtube.com/user/PQStudios1?feature=watch

"Setiap orang mempunyai kelebihan & kelemahan masing-masing. Takde manusia yang sempurna di dunia ini"

Till then, wassalam :)



Saturday, November 17, 2012

NKISMK Peringkat Kebangsaan 3


Assalamualaikum. Selamat pagi semua! Eh 10 minit lagi nak dekat pukul 12 muehehe. Semalam dah cakap nak cont post harini kan. Janji dicapati katanya. Ahaks! Semalam agak gelabah sikit tu yg sampai typo sampai Hazie nak menganjing pulak kan haha. Lupakan.



Lets start! Hari keempat. Hari last. Hari perpisahan. Oh sedih. Pagi tu bangun macam biasa. Solat Subuh, kultim. Lepas settle semua, breakfast. Lepastu ada rehearsal untuk Majlis Penutup. Whoaaa Amid jadi pengerusi majlis. Well, Pahang kan. Hahaha :p Dalam beberapa minit lepastu, start Majlis Penutup Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan dalam pukul 10 lebih macam tu. Yang Berhormat sampai. Doa, dgr ucapan, perasmian & penyampaian hadiah.











Lepas dah siap majlis, ada Resolusi Akhir. Salam-salam. Ni yg lemah sekali. Sumpah sedih sangat sangat sangat masa ni. Dah rasa perpisahan tu. Rasa taknak gerak je masa tu :( Sebelum salam-salam, ustaz suruh zikir, hayati zikir, pegang tangan kawan sebelah.









Ya Allah, masa tu rasa eratnya persahabatan dekat sini. Sedih nak tinggalkan dorang. Tak ready lagi masa tu. Walaupun hidup dengan dorang baru berapa hari, tapi ikatan persahabatan antara satu sama lain tu kuat. Dekat sana, doranglah kawan, doranglah keluarga, doranglah saudara. Masa hayati zikir tu, ofcourse lah menangis. Dengar ustaz bagi ucapan ikhlas dari hati.



Sebak je rasa. Semua menangis masa tu. Dah lama sikit tu, ustaz suruh satu-satu group bangun untuk salam fasi. Start daripada group 12(p). Masa salam fasi tu pun rasa macam Ya Allah, kenapa kena berpisah dgn dorang.





Rasa bersyukur sangat dapat kenal dgn fasi-fasi dekat sana. Semuanya baik, caring, loving. Yg penting, semuanya cintakan Islam :') Masa salam fasi tu, menangis. Fasi bagi kata-kata semangat. "Teruskan perjuangan, perjalanan masih jauh. Ingat kisah Al-Fateh." "Adik muda lagi. Ingat ibu ayah. Jadi anak solehah. Teruskan perjuangan." Semua kata-kata tu masih terngiang-ngiang je. Fasi bagi semangat. Perjalanan hidup aku masih jauh. Aku takkan putus asa. Aku akan teruskan perjuangan ni. Terima kasih ustazah, terima kasih ustaz :')














Lepas salam fasi, salam kawan-kawan. Masa tu lagilah rasa sedih. Walaupun berlainan negeri, tapi tetap rapat. Mula-mula salam Muthmainah. Ingat lagi, masa salam dia tu dia tengah nangis, aku pun tengah nangis. Nak salam dia, dia cakap "Ingatkan budak tadika mana tadi". Haha tengok, dalam sedih2 pun dia sempat lagi nak buat lawak. Serious suka kawan dgn dia. Masa ceramah Al-Fateh haritu nyanyi lagu Imam Muda nyanyi sama dengan dia, siap peluk lagi. Dia baik sangat. Friendly.







 Lepas salam dia, salam orang lain. Beratur. Bila salam budak-budak Pahang je, peluk erat-erat, rasa taknak lepas masa tu. Kitorang mmg rapat sangat-sangat dekat sana. Sampai turn Tyra. Masa tu lagilah air mata menitis tak payah nak cakap lah. Kawan paling rapat dekat sana. Daripada peringkat negeri sampai kebangsaan tak pernah berpisah. Lepastu salam orang lain lagi, sampai  turn Fetri pulak. Ya Allah, perasaan sedih masa tu tak boleh nak gambarkan. Allah je yg tahu macam mana perasaan aku masa tu. Dia pun kawan rapat dekat sana. Kitorang bertiga (aku, Tyra & Fetri) tak pernah berpisah dekat sana. Sentiasa bersama daripada peringkat negeri. Katil pun sebelah-sebelah. Masa salam Fetri tu, dia nampak je muka aku, dia nangis. Tapi nak gelak. Haha. Masa tu peluk dia sekuat-kuatnya. Aku sayang dorang :')







Dah siap salam semua, duduk dalam kumpulan balik. Ada sesi isi borang. Jawab soalan semua.



Lepas siap semua, makan tengahari. Masa tu duduk dengan budak-budak Pahang. Ada budak Sabah rasanya masa tu. Main suap-suap buat kali terakhir. Serious rindu nak suap dorang semua. Setiap kali makan mesti cari Tyra & Fetri, suap dorang. Ya Allah, rindunya semua tu :( Masa tu dapat aiskrim free nyumnyumm! Main suap-suap aiskrim pulak dgn dorang. Dah siap makan, ambik barang dah siap kemas dekat dalam bilik. Snap-snap dgn dorang.





Jalan ke tempat bas. Rasanya macam taknak balik je masa tu. Tetiba sampai message dari Amid. Dia cakap, "Wey, aku balik dulu. Aku tak naik bas dgn korang". Masa tu rasa nak nangis je. Sedih sangat! Masa nak naik bas tu, tetiba nampak Amid. Kurang asam dia saje je nak main-main. Orang dah nak nangis, dia boleh lagi main-main. Rasa nak sepak-sepak je dia masa tu. Hahaha.



Duduk dalam bas, borak-borak dgn dorang. Lepastu tidur kejap. Dalam bas tu mmg dah rasa sedih sbb nak berpisah dgn dorang. Kitorang dari Bentong & Raub turun dulu dekat Tol Bentong. Sampai je dekat Petronas Bentong tu, rasa nak menyorok je taknak turun nanti! Dah sampai tol Bentong tu, peluk Fetri kuat-kuat. Dia dari Jerantut. So dia sampai lambat lagi. Salam & peluk budak perempuan yg lain. Masa tu menangis tak payah nak cakap lah. Sedih sangat! Masa nak ambik beg tu, budak-budak laki turun sekali. Dorang ambikkan beg bawak pergi kereta ustaz. Dorang ajak tangkap gambar. Lepastu salam peluk Ustazah Intan. Sebak je rasa. Lepastu bas tu jalan, menangisssssss! Masa dorang lambai dari tingkap tu air mata ni tak henti-henti mengalir. Lepastu ustaz hantar balik rumah. Sampai rumah, ayah sambut. Whoaaa rindu ayah! Peluk kuat-kuat. Masuk rumah salam peluk ibu ayah. Lamanya tak jumpa. Cerita pasal dekat sana dekat ibu ayah. Masa cerita tu, menangis nangis. Tak sanggup rasa nak cerita. Rindu dorang :'(

So, thats all! Walaupun sekejap je kenal dorang, persahabatan antara kitorang takkan pernah terpisah. Jauh di mata, tapi dekat di hati. Sayang dorang semua!
Semoga persahabatan antara kita semua kekal hingga ke akhir hayat, In Shaa Allah ;)
Sekian, wassalam :)



NKISMK Peringkat Kebangsaan 2

Assalamualaikum. Pewitt pewitt. *Lambai tangan gaya Miss Universe* Saya masih bernafas di sini. Memang lama yg teramatlah sangat saya tak update blog. Bukan setakat bersawang, tikus pun dah bermaharajalela buat rumah dia. Fuhfuhh. I'm so sorry sebabAlhamdulillah saya sihat walafiat. Cuti pun dah start. Dan saya dah start kelas tahfiz dekat Tahfiz dekat Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al Abrar. Memang best dekat sini. Banyak ilmu yg saya belajar. Kawan-kawan pun makin bertambah. Semua baik. Dah seminggu saya dekat sana. Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Ustaz & ustazah pun baik. So dah start cuti ni, apa plan korang semua? Mesti banyak je plan cuti ni kan. Plan buat kilang taik mata tu mesti wajib kan. Ahaks! Tapi sepaanjang cuti ni alhamdulillah saya dah dapat kurangkan habit suka tidur ni. Bangun pun dah awal. Bila start tahfiz ni, lepas Subuh mmg tak tidur sebab kelas start pukul 8. Cuti tahun ni rasanya lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelum ni kot. Tak boring sebab ada aktiviti yg nak buat. Bulan 12 ni pun maybe busy. Busykan diri sendiri tu best kan. Takdelah asyik tidur je. Hehehe. Nak pergi holiday ke mana tu taktahu lagi. Maybe bulan 12 ni. Tempat? Still thinking. Rasa macam nak pergi Langkawi. Seriously lama tak pergi sana. Rindu!




Eh dah dah. Rasanya dah cukup mukadimah panjang tu haha. Okay, sebelum saya start, saya nak mintak maaf sangat sangat sangat! sebab tangguhkan post untuk Nadwah hari ketiga haritu. Busy, malas semua ada. Lets start! Ehemm, before that, it's better for me to use 'aku'. Sorry kalau ada yg tak selesa. Tapi kalau bab cerita2 ni, saya lebih suka gunakan 'aku'. Hehehe. Act, post hari ketiga ni agak panjang, so saya banyak post gambar je k. Hari keempat insyaAllah akan menyusul esok. Ihiks! Emm macam mana nak start ni eh. Hahaha. Yelah, dah lama sangat kot. Pagi tu kena bangun awal & berkumpul dekat dewan around 4.00am. Tapi malam tu aku tak tidur pun. Tidur dalam 10 minit macam tu. Bangun tu nasib baik tak mengantuk. Act tak tidur tu bukan saje-saje tapi tak boleh nak tidur. Dalam pukul 3 lebih macam tu, pergi mandi. Bilik air hujung always mine! Rindu rindu rindu. Em bila dah cerita pasal Nadwah ni mulalah rindu :/ Kayy tahan tahan. Lepas mandi tu pergi dewan dengan Pahang Girls, berkumpul dekat sana. Dengar takmilat & doa sebelum pergi. Aktiviti pagi hari ketiga ni namanya "Kembara Daie". Apa tu Kembara Daie? Kembara Daie ni lebih kurang macam kita pergi berdakwah lah jugak. Kumpulan dalam berapa entah tak ingat. Tapi kumpulan tu dah ditetapkan dekat tag. Aku dapat kumpulan MELAYU (B). Sedih lah jugak tak dapat satu kumpulan dengan Tyra & Fetry. Dorang sama kumpulan. Cesss! Tepat pukul 4, pergi jalan ke tempat bas yg mula-mula tempat kitorang sampai dulu. Naik bas, kira ahli kumpulan. 



Masa ni campur dengan kumpulan 10,11 & 12. Ramai lah jugak. Masa tu tak sedar apa tetiba mengantuk. Duduk sebelah Nadrah. Kitorang tidur. Masa tu seriously taktahu bas tu nak bawak kitorang pergi mana. Sampai-sampai terbangun. Tengok jam masa tu nak dekat pukul 6 tak silap. Masa tu area tu nampak seram je. Sebab takde manusia langsung. Bertemankan lampu jalan je. Bas kitorang gerak dulu so kitorang sampai dulu. Lepastu baru group lain sampai. Group NEGERI sampai then KAPITAN. Mula-mula ingat sekali dengan dorang. Tapi tak. Sobs. Rupa-rupanya nama kumpulan tu nama masjid yg kitorang berhenti pagi untuk solat Subuh. Masa tu mmg mengantuk. Start daripada tu semua berpecah ikut group masing-masing, pergi masjid masing-masing. Group aku pergi Masjid Melayu Acheh. Tanya ustazah dekat mana rupa-rupanya masa tu kitorang dekat Pekan Georgetown. Lawa tempat dia. Subhanallah masjid dia unik sangat. Start dengan solat Subuh lepas ada forum daripada peserta Nadwah. 







Lepas siap semua, dengar taklimat untuk aktiviti lepas ni. Around 7, breakfast dekat masjid. Rasa nak ulang balik semua tu. First time pengalaman macam tu. 





Lepas breakfast, sesi bergambar dekat depan masjid. Nak dekat pukul 9 macam tu, start aktiviti Kembara Daie. Kena jalan kaki untuk sampai ke Bus Station Georgetown tu. Penat lah jugak. Tapi takpe, semua tu kerana Allah. Ustazah edarkan fail & kad dalam 20 column tak silap. 





Untuk bukti nama orang yg kita dah dakwah. Pekan tu pekan Cina. Anjing tak payah nak cakap lah. Masa jalan tu tawakal jelah banyak-banyak. Dah sampai dekat bus station tu, start dakwah. Jalan dekat area situ. Dakwah sana, dakwah sini. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. Ada yg tolak hukum Allah, ada yg boleh terima teguran, ada yg taknak layan. Semua tu dugaan masa kita berdakwah. Tabahkan diri, kuatkan semangat. Cari lagi orang. Lepas dah siap, ustaz panggil. Nak naik feri pulak pergi ke Bus Station Butterworth. 




Dah sampai tu, start balik berdakwah. Jumpa dengan orang luar negara. Alhamdulillah, dorang boleh bagi komitmen. Rasa terharu sangat bila tanya sorang uncle daripada Australia ni pasal Islam. Dia pandang Islam tu indah. And he said that "Islam is honest, Islam is perfect!". Allahu, semoga dia mendapat hidayah daripada Allah S.W.T :') 







Around 12, pergi ke Georgetown balik then balik ke kem. Dalam bas tu sempat tidur kejap. Dah sampai tu, sebelum solat, makan. Masa tu memang pengalaman sangat makan nasi garam, takde lauk, hanya GARAM! Sebab? Act, masa tu kena denda. Semua kena sebab ada sorang peserta langgar peraturan. So, semualah kena. Takpe, kuatkan diri. Think positive! Ada yg nangis makan nasi tu, ada yg nak muntah. Tapi tu lah yg buat kita rindu kan :') Masa tu pulak ustaz warning nasi garam tu makanan terakhir kitorang makan hari tu. 















Ya Allah, masa tu mmg lapar tahan gaban. Petang tu ada aktiviti lagi. Malam tu fikir tak dapat makan, rasa nak nangis masa tu! Lepas dah settle semua, ingatkan boleh lah tidur dalam bilik. Tapi petang tu ada Kembara Qiyadi pulak. Kembara Qiyadi ni lebih kurang macam explorace lah jugak. Tapi serious lagi best daripada explorace. Dalam tu pun ada unsur Islam, ilmu Islam tak lupa. Alhamdulillah. Rasa bertuah sangat terpilih masa tu. 





















Dah settle semua, aktivit malam pulak. Lepas solat & kultim, ada Halaqah. Malam terakhir dekat sana. Sebak je rasa. Ustaz tanya lapar ke tak. Masa tu ofcourse lah lapar. Dengan tak makannya lagi. Makan pun dapat makan nasi garam je. Haha. Tetiba fasi-fasi datang bawak pinggan. Ingatkan dapatlah makan nasi ke apa ke. Last-last sampai tengok timun yg dah siap potong. Masa tu rasa, Ya Allah kejamnya. Hahaha. Takpe, fikir positive lagi. "Timun sedap, timun sedap".



4 suapan pertama untuk rakan. Lepastu ustaz suruh cari 4 orang kawan berlainan negeri. Zikir, hayati zikir, peluk 4 orang masa tu. Menangis masa tu. Sedih sangat nak tinggalkan dorang, nak tinggalkan fasi, nak tinggalkan kem. Lepas ni tak boleh pergi dah :'( 







Dalam beberapa minit lepastu, ustaz suruh bukak mata, tengok belakang. Ya Allah, rasa nak menjerit masa tu. Menangis tengok tiba-tiba ada Nasi Hujan Panas & satay dalam talam. 
Bersyukur sangat. Happy tak terhingga XD 



Tak lupa jugak masa tu berapa belas suapan entah tak ingat, untuk rakan. Mula-mula suap orang yg makan setalam dengan aku. Lepastu cari budak Pahang. Main suap-suap. Rindu sangat semua tu :/ Rindu nak suap-suap lagi!





Lepas siap makan tu, ustaz suruh bagi ucapan tentang aktiviti haritu, pengalaman pahit, pengalaman manis. Best sangat! Dah siap semua, dalam pukul 12 lebih tidur. Lepastu.......................................................................
tettt keesokan harinya hari keempat! Hari last. Rasa sebak je nak cerita. Nantikan post esok okayy! 


Happy holidays guys! Have a nice holidays ;) 
Goodnight. Wassalam.