Saturday, November 17, 2012

NKISMK Peringkat Kebangsaan 2

Assalamualaikum. Pewitt pewitt. *Lambai tangan gaya Miss Universe* Saya masih bernafas di sini. Memang lama yg teramatlah sangat saya tak update blog. Bukan setakat bersawang, tikus pun dah bermaharajalela buat rumah dia. Fuhfuhh. I'm so sorry sebabAlhamdulillah saya sihat walafiat. Cuti pun dah start. Dan saya dah start kelas tahfiz dekat Tahfiz dekat Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al Abrar. Memang best dekat sini. Banyak ilmu yg saya belajar. Kawan-kawan pun makin bertambah. Semua baik. Dah seminggu saya dekat sana. Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Ustaz & ustazah pun baik. So dah start cuti ni, apa plan korang semua? Mesti banyak je plan cuti ni kan. Plan buat kilang taik mata tu mesti wajib kan. Ahaks! Tapi sepaanjang cuti ni alhamdulillah saya dah dapat kurangkan habit suka tidur ni. Bangun pun dah awal. Bila start tahfiz ni, lepas Subuh mmg tak tidur sebab kelas start pukul 8. Cuti tahun ni rasanya lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelum ni kot. Tak boring sebab ada aktiviti yg nak buat. Bulan 12 ni pun maybe busy. Busykan diri sendiri tu best kan. Takdelah asyik tidur je. Hehehe. Nak pergi holiday ke mana tu taktahu lagi. Maybe bulan 12 ni. Tempat? Still thinking. Rasa macam nak pergi Langkawi. Seriously lama tak pergi sana. Rindu!




Eh dah dah. Rasanya dah cukup mukadimah panjang tu haha. Okay, sebelum saya start, saya nak mintak maaf sangat sangat sangat! sebab tangguhkan post untuk Nadwah hari ketiga haritu. Busy, malas semua ada. Lets start! Ehemm, before that, it's better for me to use 'aku'. Sorry kalau ada yg tak selesa. Tapi kalau bab cerita2 ni, saya lebih suka gunakan 'aku'. Hehehe. Act, post hari ketiga ni agak panjang, so saya banyak post gambar je k. Hari keempat insyaAllah akan menyusul esok. Ihiks! Emm macam mana nak start ni eh. Hahaha. Yelah, dah lama sangat kot. Pagi tu kena bangun awal & berkumpul dekat dewan around 4.00am. Tapi malam tu aku tak tidur pun. Tidur dalam 10 minit macam tu. Bangun tu nasib baik tak mengantuk. Act tak tidur tu bukan saje-saje tapi tak boleh nak tidur. Dalam pukul 3 lebih macam tu, pergi mandi. Bilik air hujung always mine! Rindu rindu rindu. Em bila dah cerita pasal Nadwah ni mulalah rindu :/ Kayy tahan tahan. Lepas mandi tu pergi dewan dengan Pahang Girls, berkumpul dekat sana. Dengar takmilat & doa sebelum pergi. Aktiviti pagi hari ketiga ni namanya "Kembara Daie". Apa tu Kembara Daie? Kembara Daie ni lebih kurang macam kita pergi berdakwah lah jugak. Kumpulan dalam berapa entah tak ingat. Tapi kumpulan tu dah ditetapkan dekat tag. Aku dapat kumpulan MELAYU (B). Sedih lah jugak tak dapat satu kumpulan dengan Tyra & Fetry. Dorang sama kumpulan. Cesss! Tepat pukul 4, pergi jalan ke tempat bas yg mula-mula tempat kitorang sampai dulu. Naik bas, kira ahli kumpulan. 



Masa ni campur dengan kumpulan 10,11 & 12. Ramai lah jugak. Masa tu tak sedar apa tetiba mengantuk. Duduk sebelah Nadrah. Kitorang tidur. Masa tu seriously taktahu bas tu nak bawak kitorang pergi mana. Sampai-sampai terbangun. Tengok jam masa tu nak dekat pukul 6 tak silap. Masa tu area tu nampak seram je. Sebab takde manusia langsung. Bertemankan lampu jalan je. Bas kitorang gerak dulu so kitorang sampai dulu. Lepastu baru group lain sampai. Group NEGERI sampai then KAPITAN. Mula-mula ingat sekali dengan dorang. Tapi tak. Sobs. Rupa-rupanya nama kumpulan tu nama masjid yg kitorang berhenti pagi untuk solat Subuh. Masa tu mmg mengantuk. Start daripada tu semua berpecah ikut group masing-masing, pergi masjid masing-masing. Group aku pergi Masjid Melayu Acheh. Tanya ustazah dekat mana rupa-rupanya masa tu kitorang dekat Pekan Georgetown. Lawa tempat dia. Subhanallah masjid dia unik sangat. Start dengan solat Subuh lepas ada forum daripada peserta Nadwah. 







Lepas siap semua, dengar taklimat untuk aktiviti lepas ni. Around 7, breakfast dekat masjid. Rasa nak ulang balik semua tu. First time pengalaman macam tu. 





Lepas breakfast, sesi bergambar dekat depan masjid. Nak dekat pukul 9 macam tu, start aktiviti Kembara Daie. Kena jalan kaki untuk sampai ke Bus Station Georgetown tu. Penat lah jugak. Tapi takpe, semua tu kerana Allah. Ustazah edarkan fail & kad dalam 20 column tak silap. 





Untuk bukti nama orang yg kita dah dakwah. Pekan tu pekan Cina. Anjing tak payah nak cakap lah. Masa jalan tu tawakal jelah banyak-banyak. Dah sampai dekat bus station tu, start dakwah. Jalan dekat area situ. Dakwah sana, dakwah sini. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. Ada yg tolak hukum Allah, ada yg boleh terima teguran, ada yg taknak layan. Semua tu dugaan masa kita berdakwah. Tabahkan diri, kuatkan semangat. Cari lagi orang. Lepas dah siap, ustaz panggil. Nak naik feri pulak pergi ke Bus Station Butterworth. 




Dah sampai tu, start balik berdakwah. Jumpa dengan orang luar negara. Alhamdulillah, dorang boleh bagi komitmen. Rasa terharu sangat bila tanya sorang uncle daripada Australia ni pasal Islam. Dia pandang Islam tu indah. And he said that "Islam is honest, Islam is perfect!". Allahu, semoga dia mendapat hidayah daripada Allah S.W.T :') 







Around 12, pergi ke Georgetown balik then balik ke kem. Dalam bas tu sempat tidur kejap. Dah sampai tu, sebelum solat, makan. Masa tu memang pengalaman sangat makan nasi garam, takde lauk, hanya GARAM! Sebab? Act, masa tu kena denda. Semua kena sebab ada sorang peserta langgar peraturan. So, semualah kena. Takpe, kuatkan diri. Think positive! Ada yg nangis makan nasi tu, ada yg nak muntah. Tapi tu lah yg buat kita rindu kan :') Masa tu pulak ustaz warning nasi garam tu makanan terakhir kitorang makan hari tu. 















Ya Allah, masa tu mmg lapar tahan gaban. Petang tu ada aktiviti lagi. Malam tu fikir tak dapat makan, rasa nak nangis masa tu! Lepas dah settle semua, ingatkan boleh lah tidur dalam bilik. Tapi petang tu ada Kembara Qiyadi pulak. Kembara Qiyadi ni lebih kurang macam explorace lah jugak. Tapi serious lagi best daripada explorace. Dalam tu pun ada unsur Islam, ilmu Islam tak lupa. Alhamdulillah. Rasa bertuah sangat terpilih masa tu. 





















Dah settle semua, aktivit malam pulak. Lepas solat & kultim, ada Halaqah. Malam terakhir dekat sana. Sebak je rasa. Ustaz tanya lapar ke tak. Masa tu ofcourse lah lapar. Dengan tak makannya lagi. Makan pun dapat makan nasi garam je. Haha. Tetiba fasi-fasi datang bawak pinggan. Ingatkan dapatlah makan nasi ke apa ke. Last-last sampai tengok timun yg dah siap potong. Masa tu rasa, Ya Allah kejamnya. Hahaha. Takpe, fikir positive lagi. "Timun sedap, timun sedap".



4 suapan pertama untuk rakan. Lepastu ustaz suruh cari 4 orang kawan berlainan negeri. Zikir, hayati zikir, peluk 4 orang masa tu. Menangis masa tu. Sedih sangat nak tinggalkan dorang, nak tinggalkan fasi, nak tinggalkan kem. Lepas ni tak boleh pergi dah :'( 







Dalam beberapa minit lepastu, ustaz suruh bukak mata, tengok belakang. Ya Allah, rasa nak menjerit masa tu. Menangis tengok tiba-tiba ada Nasi Hujan Panas & satay dalam talam. 
Bersyukur sangat. Happy tak terhingga XD 



Tak lupa jugak masa tu berapa belas suapan entah tak ingat, untuk rakan. Mula-mula suap orang yg makan setalam dengan aku. Lepastu cari budak Pahang. Main suap-suap. Rindu sangat semua tu :/ Rindu nak suap-suap lagi!





Lepas siap makan tu, ustaz suruh bagi ucapan tentang aktiviti haritu, pengalaman pahit, pengalaman manis. Best sangat! Dah siap semua, dalam pukul 12 lebih tidur. Lepastu.......................................................................
tettt keesokan harinya hari keempat! Hari last. Rasa sebak je nak cerita. Nantikan post esok okayy! 


Happy holidays guys! Have a nice holidays ;) 
Goodnight. Wassalam.

No comments:

Post a Comment